Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023 lalu.
Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Musim Tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023. Malah, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.
Objektif utama BMT ini adalah untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Syarat-syarat Kelayakan
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Permohonan BMT telah pun dibuka pada 15 Jun lalu dan akan ditutup pada 15 September 2023. Permohonannya pula boleh dibuat secara atas talian di Portal Pekebun Kecil RISDA.
Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat sebanyak empat fasa (RM200 setiap fasa). Tarikh mula pembayaran adalah pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 (selama 4 bulan).
Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.