Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 seorang sebulan.
Tujuan utama bantuan ini adalah bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni / pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Memohon
Bagi yang ingin memohon atau menjadi wakil kepada pemohon, permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Borang permohonan boleh dimuat turun – DI SINI.
Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat terperinci dan rasmi berkenaan bantuan ini boleh rujuk – DI SINI.