Bantuan 'one-off'

Bantuan ‘one-off’ RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan sokongan kewangan, kesihatan, dan sosial bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Bantuan ini merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya, serta ibu tunggal. Dengan adanya bantuan ini, kerajaan berusaha meringankan beban rakyat, sekaligus memperkukuhkan kesejahteraan negara.

Pelbagai skim kebajikan telah diperkenalkan, termasuk bantuan kewangan bulanan, subsidi perubatan, serta sokongan pendidikan bagi anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang lebih seimbang dan inklusif.

Melalui bantuan kebajikan, kerajaan terus komited untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial negara. Ini adalah maklumat bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan ‘one-off’ RM2,700

Bantuan kerajaan yang telah diperkenalkan merupakan Geran Pelancaran. Bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini adalah bagi membantu kumpulan sasar JKM dalam meningkatkan taraf hidup.

Ia juga bagi ewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian untuk membantu kumpulan sasar JKM mencapai matlamat ke arah berdikari. Jumlah bantuan ini ditetapkan sebanyak RM2,700 dan diberikan sekaligus atau ‘one-off’.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan ‘one-off’ RM2,700 Geran Pelancaran

  • Rakyat Malaysia yang menetap di dalam negara;
  • Merupakan golongan sasar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Paras Garis Kemiskinan (PGK) purata semasa untuk isi rumah atau PGK purata semasa per kapita.

Cara Memohon

Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan Geran Pelancaran boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan, atau Bahagian yang terdekat. Namun, penting untuk dimaklumkan bahawa bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada.

Mereka yang sudah menerima bantuan bulanan layak untuk memohon geran ini bagi tujuan meningkatkan taraf hidup dan meringankan beban kewangan.

Sekiranya anda bukan penerima bantuan bulanan JKM, anda perlu mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu. Setelah diluluskan sebagai penerima bantuan bulanan, barulah anda layak untuk memohon Geran Pelancaran. Ini adalah proses penting bagi memastikan setiap permohonan diselaraskan dengan syarat yang telah ditetapkan.

Setiap permohonan Geran Pelancaran yang didaftarkan akan melalui proses siasatan dan penilaian (means-tested) untuk menentukan kelayakan pemohon sama ada layak atau tidak.

Proses ini adalah selaras dengan prinsip penyampaian bantuan kerajaan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak. Ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan diberikan pertimbangan sewajarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini serta syarat-syarat terperinci, anda boleh merujuk Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan, anda berpeluang untuk mendapatkan bantuan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti hidup dan membantu ke arah berdikari.

Maklumat Tambahan

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan Bantuan Alat Tiruan atau Alat Sokongan bagi membantu golongan rentan, terutamanya mereka yang mengalami masalah fizikal atau kekurangan upaya. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos peralatan sokongan yang sering diperlukan untuk kehidupan seharian mereka.

Peralatan seperti kaki atau tangan palsu, kerusi roda, alat bantu pendengaran, dan alat sokongan lain yang dapat membantu memudahkan pergerakan serta meningkatkan kualiti hidup penerima merupakan antara yang ditawarkan di bawah skim ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan, pemohon boleh merujuk kepada Portal Rasmi JKM atau mengunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan kehidupan, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan yang memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…
Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membantu golongan yang…