bantuan

Bantuan ‘one-off’ RM2,700 untuk B40 berkelayakan: Ini syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM2,700 ‘one-off’

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Geran Pelancaran iaitu sebuah inisiatif di bawah JKM kepada golongan B40 yang berkelayakan.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk memperkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Ia turut diperkenalkan bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Berkenaan dengan kadar Geran Pelancaran, ia adalah sebanyak RM2,700 dan akan diberikan secara ‘one-off’.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan, Geran Pelancaran ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM.

Oleh hal demikian, mereka yang layak memohon adalah penerima bantuan JKM sedia ada sahaja. Bagi yang bukan kumpulan sasar JKM, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

Sekiranya layak dan diluluskan permohonan, maka barulah mereka layak memohon bantuan Geran Pelancaran ini.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…