Bantuan rawatan sehingga RM500 untuk B40: Syarat – syarat & cara memohon Skim PEDULI SIHAT

Sebagai usaha meringankan beban mereka yang memerlukan, kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan Skim PEDULI SIHAT khusus kepada golongan B40.

Melalui skim berkenaan, mereka yang layak akan menerima rawatan asas secara percuma di klinik-klinik panel terlibat.

Selain itu, kerajaan negeri Selangor juga telah mengumumkan pengenalan Skim Insuran Peduli Sihat yang turut boleh dimanfaatkan oleh mereka yang layak.

Manfaat Skim PEDULI SIHAT

Berikut adalah manfaat-manfaat yang disediakan melalui skim ini:

  • Rawatan asas & sutikan vaksin: RM500
  • Perlindungan Peribadi: RM5,000
  • Bantuan Pengebumian: RM1,000
  • Penyakit Kritikal: RM5,000
  • Kematian Semulajadi: RM5,000

*Untuk maklumat terperinci berkenaan manfaat-manfaat, boleh KLIK SINI.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi yang ingin memohon, skim ini terbuka kepada:

  • Pemilih Berdaftar di Negeri Selangor.
  • Lahir di Negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pendapatan seisi rumah RM2,000 dan ke bawah.
  • Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.

 

Cara memohon

Untuk permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian DI SINI dengan mengisi malumat secara tepat dan benar bagi memudahkan proses permohonan.

Manakala, bagi permohonan secara manual pula – pemohon boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing (KLIK SINI untuk senarai alamat pejabat).

Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Borang pendaftaran (muat turun DI SINI)
  • Salinan kad pengenalan (ketua keluarga/individu)
  • Salinan kad pengenalan,MyKid atau Surat Kelahiran (tanggungan/isteri/anak-anak)
  • Salinan Slip Gaji atau pencen (untuk penjawat awam/pesara kerajaan)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri)
  • Bukti Penerima BSH bawah kategori pendapatan RM2000 kebawah atau berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

 

Bagi maklumat lanjut skim secara lebih terperinci, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…