Bil elektrik merupakan antara komitmen bulanan yang wajib dilunaskan oleh hampir setiap isi rumah di Malaysia. Ia bukan sekadar angka yang tertera di atas kertas, tetapi mencerminkan gaya hidup, penggunaan tenaga harian, dan tahap kecekapan tenaga di kediaman kita.
Sama ada tinggal di rumah kampung atau di apartmen bertingkat tinggi, penggunaan elektrik tetap menjadi keperluan asas untuk menerangi kehidupan seharian—daripada menyalakan lampu, menggunakan peti sejuk, memasak, hinggalah ke penghawa dingin dan peralatan elektronik moden lain.
Namun begitu, dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat, bayaran bil elektrik boleh menjadi satu beban yang merisaukan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ramai pengguna mula mencari cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik, seperti menukar lampu kepada LED, mengehadkan penggunaan alat elektrik berat, atau memasang panel solar sebagai alternatif jangka panjang.
Kerajaan juga tidak ketinggalan dalam membantu meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pemberian rebat elektrik, kadar khas untuk golongan B40, serta kempen kesedaran penggunaan tenaga secara bijak. Namun begitu, cabaran tetap wujud apabila terdapat peningkatan penggunaan secara tidak sedar atau kadar tarif yang berubah dari semasa ke semasa.
Oleh itu, memahami bagaimana bil elektrik dikira, mengenal pasti peralatan yang menggunakan tenaga tinggi, serta mengamalkan gaya hidup yang lebih cekap tenaga adalah langkah bijak untuk mengurus perbelanjaan bulanan. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut tentang struktur bil elektrik, tips penjimatan, serta bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat untuk terus menikmati kemudahan asas ini tanpa terbeban.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan sebuah inisiatif bagi meringankan beban elektrik bagi mereka yang memerlukan. Ia adalah melalui Program Rebat Bil Elektrik RM40 dan berikut adalah maklumat lanjutnya.
Program Rebat Bil Elektrik RM40
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah sebuah bantuan Kerajaan yang diberikan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Untuk makluman, bermula pada 31 Januari 2024 – sistem eKasih menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198.
Oleh itu, dengan program ini – pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
- Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi;
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember pada tahun semasa;
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik.
Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa rebat RM40 ini hanya akan diberikan sehingga kadar bil maksimum RM40 sebulan sahaja. Jika, bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
Rebat ini juga tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik. Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40
Bagi yang hendak membuat semakan kelayakan program ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik
RM40 melalui laman sesawang rasmi PETRA. Caranya adalah dengan mengisi nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.
Oleh hal demikian, pengguna tidak layak menerima rebat bil elektrik RM40 sekiranya tidak tersenarai di bawah kategori miskin tegar yang didaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, walaupun nama pengguna tersenarai dalam Sistem eKasih.
Bagi maklumat lengkap dan semakan kelayakan program ini, ia boleh dirujuk di portal rasminya – DI SINI.