bantuan rintis

Bantuan Rintis RM150 akan mula dikreditkan: Senarai penerima yang layak & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan antara kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Rintis RM150

Bagi tahun 2o23 ini, pihak Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai.

Bantuan ini diberikan dengan kadar sebanyak RM150 kepada para pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional di seluruh negara.

Untuk makluman, bantuan ini diberikan kepada para pelajar yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dalam kategori B40.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan laporan Berita Harian, setakat 18 Julai 2023 – seramai 3,176 pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional di seluruh negara telah menerima bantuan RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan membabitkan peruntukan RM476,400.

Malah, agihan bantuan ini telah disalurkan kepada para pelajar Tingkatan 6 dan Vokasional di lapan buah negeri.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata – baki pelajar Tingkatan 6 dan Kolej Vokasional di negeri-negeri lain akan menerima bantuan itu selewat-lewatnya bulan Ogos ini.

“Kita bantu mereka untuk membeli data internet bagi kemudahan pendidikan dan kos pengangkutan.

“Ada kajian baru-baru ini yang kita dapati kebanyakan mereka memang menghabiskan bantuan ini untuk pengangkutan sama ada bagi membeli minyak motosikal atau menaiki pengangkutan awam.

“Jadi ini langkah yang saya rasa secara terus untuk kita pastikan kos sara hidup ini dapat kita tangani dengan cepat. Bagi pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional, ini satu program yang sangat membantu mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian & Kosmo.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…