bantuan rm100

Bantuan RM100 dikreditkan bulan ini (September 2024): Tak perlu memohon

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan di bawah Belanjawan 2024.

Antaranya adalah dengan melaksanakan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar memerlukan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan RM100 Setiap Bulan di bawah SARA

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kalangan berpendapatan rendah yang menepati syarat-syarat khusus berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

Program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ia melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lalu.

Bagi tahun 2024 ini, kadar SARA ditetapkan sebanyak RM1,200 kepada isi rumah dan warga emas, manakala RM600 pula kepada golongan bujang.

Bagi penerima di Semenanjung, pembayaran SARA dibuat setiap bulan dengan kadar RM100 atau RM50 terus ke MyKad masing-masing.

Manakala, bagi penerima di Sarawak, Sabah dan Labuan pula, pembayaran SARA akan dibuat sama seperti pembayaran STR. Ia adalah dengan kaedah dikreditkan terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank (atau akaun berstatus tidak aktif).

Cara Menggunakan SARA

Bagi penerima di Semenanjung, SARA boleh digunakan dengan MyKad masing-masing bagi membeli barangan keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Tatacara membuat pembelian adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

Semakan Kelulusan SARA

Bagi mereka yang layak menerima SARA, mereka akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan juga boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal Rasmi STR– DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…