bantuan rm100

Bantuan RM100 dikreditkan dalam MyKad selama 6 bulan: Ini penerima & cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM100 Setiap Bulan

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima STR berkelayakan.

SARA pada asasnya merupakan bantuan kewangan sebanyak RM100 selama 6 bulan dengan jumlah keseluruhan RM600.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Cara Menggunakannya

Terdapat dua kaedah pelaksanaan SARA, iaitu:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

 

Bagi yang dikereditkan ke dalam MyKad, mereka akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. Setakat ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Berikut adalah tatacara menggunakannya:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…