bantuan rm100

Bantuan RM100 dimasukkan dalam MyKad setiap bulan: Langkah-langkah cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Antara bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Bantuan RM100 setiap bulan

SARA pada asasnya merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

Kadar SARA adalah sebanyak RM1,200 kepada kategori penerima isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Manakala, RM600 pula diberikan kepada penerima bujang berkelayakan.

Pelaksanaan bantuan ini bagi penerima di Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan Labuan) adalah sebanyak RM100 atau RM50 setiap bulan melalui MyKad penerima.

Cara Menggunakannya

Untuk para penerima SARA, mereka akan dimaklumkan tentang kelayakan menerima bantuan tambahan ini dengan pelbagai cara seperti surat pemakluman, sistem pesanan ringkas (SMS) atau dengan membuat semakan terus di Portal STR.

Penerima yang menerima sumbangan sebanyak RM100/RM50 setiap bulan ini kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih di Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program ini.

Terdapat 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pada ketika ini terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Langkah-langkah menggunakannya adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Penjawat awam merupakan tulang belakang kepada pembangunan negara, memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar, menyampaikan perkhidmatan, dan memastikan kestabilan sistem…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Awal persekolahan adalah fasa yang amat penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Ia bukan sahaja menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan formal,…
Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Simpanan persaraan adalah asas penting untuk memastikan kesejahteraan kewangan di usia tua. Ia bukan sekadar simpanan biasa, tetapi satu jaminan…