Bantuan RM100 melalui MyKad selama 3 bulan ~ Cara membuat semakan PRIHATIN Kasih

Pada Mac 2021, pihak kerajaan telah memperkenalkan PRIHATIN Kasih iaitu sebuah program bantuan barangan dapur tanpa tunai (cashless) di bawah pakej PEMERKASA.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan, melalui akaun MyKad masing-masing dan boleh membelanjakan elaun berkenaan di lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) dan lain yang terlibat.

Oleh itu, penerima boleh membeli barangan makanan asas dalam 10 kategori produk yang dibenarkan melalui MyKad masing-masing, iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, bahan perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman

Syarat – syarat kelayakan

  • Penerima bantuan di bawah program PRIHATIN Kasih telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.
  • Penerima yang telah dikenalpasti akan menerima SMS dari MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka yang disahkan sebagai penerima di bawah program, serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

 

Oleh hal demikian, tiada sebarang permohonan yang diperlukan bagi mendapatkan PRIHATIN Kasih ini.

Jadual pembayaran

Pembayaran PRIHATIN Kasih adalah bebeza-beza bagi beberapa negeri dan ia adalah seperti yang dilampirkan:

 

Semakan PRIHATIN Kasih

Semakan PRIHATIN Kasih boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Dalam masa sama, penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan itu di antara 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Baki elaun yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya, tetapi sebarang baki yang tidak digunakan sepenuhnya sehingga 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Untuk maklumat secara terperinci, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…