Bantuan RM100 selama 3 bulan melalui MyKad ~ Cara semakan program PRIHATIN Kasih

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan di bawah pakej rangsangan PEMERKASA telah memperkenalkan program bantuan PRIHATIN Kasih.

Mereka yang layak untuk program ini akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 3 bulan melalui MyKad masing-masing dari Yayasan MyKasih. Elaun berkenaan kemudiannya boleh digunakan untuk membeli makanan keperluan harian di kedai-kedai runcit dan pasaraya yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Bagaimanapun, program bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana penerima telahpun dikenalpasti dari senarai yang sudah terdaftar di pangkalan data kerajaan.

Penerima juga akan menerima SMS dari MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Jadual Pembayaran PRIHATIN Kasih

Berdasarkan dapatan dari laman rasmi PRIHATIN Kasih, pengkreditan elaun akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan negeri tempat tinggal pemohon. Ini kerana, untuk Selangor dan Kuala Lumpur bantuan ini telah pun berjalan pada bulan Julai lalu dan akan berakhir pada September ini.

Manakala, untuk negeri-negeri lain – ia boleh dirujuk seperti di bawah:

Oleh itu, bagi Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak – kemungkinan elaun itu akan mula dikreditkan pada bulan September atau Oktober depan, bergantung kepada pemakluman dari semasa ke semasa.

Semakan PRIHATIN Kasih

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat di laman Yayasan MyKasih – DI SINI dengan mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.

Untuk maklumat terperinci berkenaan program ini, ia juga boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…