Bantuan RM100 selama 3 bulan melalui MyKad ~ Syarat – syarat & semakan PRIHATIN Kasih

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif, termasuklah PRIHATIN Kasih yang bertujuan bagi meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan miskin bandar.

Melalui inisiatif ini, mereka yang layak akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan melalui MyKad masing-masing untuk digunakan membeli barangan makanan dari kedai-kedai yang ditetapkan.

Syarat-syarat kelayakan

PRIHATIN Kasih akan diberikan kepada keluarga yang telah dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Kepada yang layak, mereka akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Oleh hal demikian, inisiatif ini tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana penerimanya akan dikenal pasti melalui pangkalan data kerajaan.

Pembayaran PRIHATIN Kasih

Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan selama tiga bulan melalui akaun MyKad masing-masing. Sebagai contoh, jika pembayaran diberikan bermula pada Julai 2021, berikut adalah jadualnya:

Apa yang pasti, elaun berkenaan akan masuk ke MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima pula boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun yang diberikan bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Akan tetapi, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program – 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Semakan PRIHATIN Kasih

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, semakan status PRIHATIN Kasih boleh dibuat DI SINI.

Manakala, untuk mereka yang tidak disenaraikan sebagai penerima PRIHATIN Kasih – anda boleh menghubungi MyKasih Foundation melalui emel [email protected] dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

Maklumat lanjut program, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…