BANTUAN RM100

Bantuan RM100 setiap bulan untuk beli beras, minyak, tepung, susu & banyak lagi: Ini tarikh bayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Antara bantuan yang diteruskan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Bantuan barang dapur RM100 setiap bulan

Bantuan yang dimaksudkan adalah SARA iaitu sebuah insiatif diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Melaluinya, mereka yang layak akan menerima kredit RM100 setiap bulan selama setahun (jumlah keseluruhan RM1,200) melalui MyKad masing-masing.

Ia kemudiannya boleh digunakan bagi memberi barangan keperluan dapur di pasaraya atau kedai terlibat. Pada ketika ini, terdapar lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pelaksanaan

Terdapat dua kaedah pelaksanaan SARA iaitu:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Ambilan Julai 2024

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Ambilan Julai 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BKPKK RM3,600 setahun: Maklumat Penerima, Syarat-Syarat & Cara Memohon

Bantuan BKPKK RM3,600 setahun: Maklumat Penerima, Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Cara membuat Permohonan Semula STR 2024 untuk semua kategori

Cara membuat Permohonan Semula STR 2024 untuk semua kategori

Untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan…