bantuan rm100

Bantuan RM100 telah dikreditkan secara automatik pada minggu lepas: Ini senarai penerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM100

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui STR, sebuah lagi bantuan telah diperkenalkan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). SARA ini merupakan bantuan tambahan sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih.

Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Pembayaran Bantuan

Untuk makluman, pembayaran SARA telah pun bermula pada 17 Julai 2023.

Kaedah pelaksanaannya pula adalah seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Bagi yang ingin membuat semakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Manakala, maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…