Bantuan RM100

Bantuan RM100 untuk semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Semak sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat khususnya mereka dari kalangan B40 dan M40.

Selain itu, terdapat juga bantuan yang diperkenalkan bagi merancakkan budaya seperti membaca di kalangan masyarakat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan:-

Bantuan RM100 dalam bentuk e-Baucar

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Baucar Buku bernilai RM100. Baucar itu layak ditebus oleh para pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100. Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.

“Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.

Cara Menebus Baucar RM100

Bagi pelajar sekolah, baucar buku ini boleh ditebus secara atas talian (online) di Sistsm Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) mulai jam 2 petang (31 Mei 2024). Ini adalah tatacara membuat penebusan itu:

  • Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan akaun serta kata laluan DELIMa;
  • Klik ikon Kota Buku Digital;
  • Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing;
  • Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI;
  • Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit);
  • Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan;
  • Proses penebusan selesai.

 

Bagi para pelajar di Institut Pengajian Tinggi pula, penebusan baucar boleh dibuat mulai 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2024. Penebusan itu boleh dibuat melalui Portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training (kendalian Kementerian Pengajian Tinggi), bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 10.00 pagi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Selepas itu, kod baucar yang berjaya ditebus itu akan terjana di portal GREaT dan ia hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.

Untuk makluman, BookCapital dipilih kerana ia adalah platform di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bagi memudahkan pengguna sepanjang berlangsungnya pesta buku ini.  Bagi Penggunaan platform lain, ia  akan digunakan pada fasa berikutnya.

Dalam masa sama, semakan kelayakan bagi menerima baucar ini (untuk pelajar IPT Awam atau Swasta) boleh dibuat secara atas talian juga di portal GREaT dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal Graduate Reference Hub for Employment and Training (GREaT);
  • Klik menu ‘Baucar Buku’
  • Isi maklumat Nombor Kad Pengenalan, No Matrik dan pilih menu jenis IPT (awam atau swasta)
  • Klik butang ‘semak kelayakan’.

 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku  akademik dan wacana ilmiah tempatan.

Perkenanalan Baucar Buku ini adalah salah satu usaha untuk merancakkan kembali budaya membaca di kalangan masyarakat, berikutan dengan kebimbangan awam tentang kurangnya minat membaca di kalangan generasi muda.

Maklumat lengkap berkenaan baucar buku ini, sila rujuk Portal Rasmi GREaT – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…