bantuan

Bantuan RM1,000 setiap bulan untuk keluarga B40: Senarai penerima yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM1,000

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah bantuan bulana di bawah JKM dengan kadar sebanyak minima RM150 sehingga maksimum RM1,000.

Kadar bantuan akan dibuat dengan pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Maksimum RM10,00/keluarga sebulan.

Tujuan utama BKK adalah untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan am ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…