motosikal

Bantuan RM10,000 untuk beli motosikal: Permohonan masih dibuka dan cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Malah, di bawah Belanjawan 2024 – terdapat insiatif dan program yang diteruskan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah dengan meneruskan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Beli Motosikal dengan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Untuk makluman semua, Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ia adalah kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini khusus untuk usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan sebagainya bagi tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

 

Kadar yang ditetapkan pula adalah RM1,000 hingga RM5,000 untuk Baik Pulih Motosikal dan Modal Pusingan. Manakala, RM1,000 hingga RM10,000 pula bagi tujuan membeli motosikal.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  • Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
    Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

 

Terdapat juga syarat-syarat kelayakan tambahan yang ditetapkan dan ia adalah seperti berikut:

  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai  motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih  motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian  Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian.
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut: Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan boleh menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 ini boleh dibuat di Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

Bagi yang belum faham sepenuhnya, pemohon juga boleh hadir di Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari pegawai terlibat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon turut perlu menyediakan dokumen-dokumen asas dan tambahan seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi skim pembiayaan semasa membuat permohonan.

Penting dimaklumkan di sini bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini dan ia hanya boleh dikemukakan di Pejabat Cawangan TEKUN.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…