Akibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, ia telah memberi kesan besar kepada masyarakat, sehingga ada yang terjejas pendapat atau kehilangan sumber pendapatan sama sekali.
Dalam usaha meringankan beban yang ditanggung, ada di antara mereka yang menceburi bidang baru seperti terlibat dalam industri penghantaran makanan, barangan dan sebagainya.
Sedar dengan keadaan ini, TEKUN Nasional telah memperkenalkan skim pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang juga merupakan kesinambungan program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sejak April 2020.
Skim ini secara asasnya adalah sebuah pembiayaan modal sehingga RM10,000 kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal bagi tujuan untuk:
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Modal pusingan
Syarat-syarat kelayakan
Bagi yang ingin memohon, mereka hendaklah:
- Warganegara Malaysia (Bumiputera/India).
- Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
- Pemohon bukan seorang yang muflis.
- Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah.
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
- Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Maklumat skim
- Tempoh pembiayaan: 1 tahun sehingga 3 tahun
- Kadar keuntungan: 4 peratus setahun
- Tempoh proses pembiayaan: 7 hari bekerja
Cara memohon
Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.
Alamat dan no tel cawangan-cawangan TEKUN boleh didapati DI SINI.
Untuk maklumat terperinci tentang TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh KLIK SINI – PDF atau layari portal rasmi TEKUN Nasional DI SINI.
Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan skim ini, dan pemohon sangat disarankan untuk hanya berurusan dengan pihak TEKUN Nasional sahaja.