bantuan rm180

Bantuan RM180 setiap bulan untuk ibu bapa yang ada anak berumur 4 tahun & ke bawah

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan – bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM180

Bantuan RM180 setiap bulan adalah sebuah insiatif yang dikenali sebagai Subsidi Yuran Taska. Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban rakyat Malaysia dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 tahun dan ke bawah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah;
  • Anak berumur di bawah empat tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska;
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan inisiatif ini boleh dikemukakan melalui Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat.

Setiap pemohon juga perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dilampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan penyata gaji;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;
  • Salinan penyata gaji suami/isteri;
  • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkeaan inisiatif ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…