RM800

Bantuan RM200 selama 4 bulan (RM800): Syarat-syarat dan Cara memohon BMT 2024

Pihak Kerajaan sentiasa berperanan penting dalam membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dan sosial. Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan oleh kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjaga, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan mereka yang terjejas oleh keadaan luar jangka.

Bantuan-bantuan ini meliputi pelbagai aspek seperti kewangan, perumahan, pendidikan dan kesihatan, yang bertujuan untuk mengurangkan beban hidup rakyat.

Di samping itu, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan kerajaan turut membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi sokongan kepada sektor perniagaan dan pekerjaan. Melalui dasar-dasar yang menyeluruh, kerajaan bukan sahaja menyediakan bantuan jangka pendek, tetapi juga langkah-langkah strategik untuk memastikan rakyat terus berdaya saing dalam tempoh jangka panjang.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan ialah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Ini adalah info lebih jelas tentang bantuan kewangan berkenaan:

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800

Bagi maklumat awal, musim tengkujuh adalah musim hujan lebat yang berlaku di kawasan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, disebabkan oleh tiupan angin monsun. Di Malaysia, ia biasanya berlaku dari bulan November hingga Mac, apabila angin monsun Timur Laut membawa hujan yang sangat lebat, terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Musim tengkujuh sering dikaitkan dengan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, pokok tumbang, ribut dan sebagainya, yang boleh mengakibatkan kerosakan pada harta benda dan menjejaskan kehidupan masyarakat, terutama yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenal Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah RISDA. Bantuan ini bertujuan untuk membantu para pekebun kecil dan penoreh getah ketika menghadapi musim berkenaan.

Kadar BMT adalah sebanyak RM800 dan di bayar secara bulanan (RM200 setiap bulan) mulai November 2024 sehingga Februari 2025.

Kriteria Kelayakan BMT 2024

Pekebun Kecil yang merujuk keoasa pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Mempunyai keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang ketika permohonan masih sah (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

 

Penoreh yang merujuk kepada mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot yang mempunyai keluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang pada ketika permohonan masih sah (wajib bagi penoreh)

Permohonan BMT RM800

Permohonan bantuan di bawah RISDA ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA. Bagi Pekebun Kecil mereka boleh membuat pemohon baru atau kemaskini bagi penerima BMT tahun sebelumnya.

Untuk penoreh pula, mereka wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT pada tahun sebelumnya. Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon turut dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

Pekebun Kecil RISDA & Individu

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih ketika permohonan dibuat masih sah (jika ada)

 

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer)
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil yang sah
  • Mempunyai PAT-G yang ketika permohonan dibuat masih (wajib bagi penoreh)

 

Pekebun Kecil Agensi

  • Kad pengenalan pemohonan dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan geran sekiranya memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Surat pengesahan daripada agensi
  • Mempunyai PAT-G yang ketika permohonan dibuat masih sah (wajib bagi JPS dan JAKOA)

 

Sekiranya permohonan diluluskan, permohonan BMT akan dibuat secara terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan.

Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 30 September 2024. Maklumat terperinci mengenai BMT boleh didapati di Portal Suara RISDA melalui PAUTAN INI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…