Bantuan RM2,000 untuk golongan B40: Ini tarikh rasmi kemaskini & permohonan baru BKM

Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Melalui BKM, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sehingga RM2,000 mengikut ketetapan khusus setiap kategori penerima. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM: –

Ketegori Penerima

Penerima BKM adalah merangkumi golongan isi rumah, warga emas/tiada pasangan dan bujang dengan had pendapatan sehingga RM5,000 sebulan:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Kadar Bantuan

Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sehingga RM2,000 mengikut ketetapan setiap kategori penerima:

Dalam pada itu, kadar tambahan juga diberikan kepada isi rumah berikut:

  • Tambahan RM500 – penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 –  penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

 

Tarikh Kemaskini & Permohonan Baru

Berdasarkan Soalan-Soalan Lazim BKM yang diterbitkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), tarikh bermulanya kemaskini dan permohonan baru BKM adalah pada 01 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (selama sebulan).

Akan tetapi, tarikh berkenaan masih lagi tertakluk kepada pindahan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BKM, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…