Bantuan RM2,000 untuk isi rumah B40: Ini cara memohon & tarikh tutup permohonan

Dalam usaha meneruskan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan, pihak kerajaan melalui Bajet 2022 telah memperkenlakan Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM.

Melalui BKM, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan secara 4 fasa dengan nilai berdasarkan kumpulan pendapatan dan bilangan anak. Ini adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Nilai bayaran BKM

Berdasarkan maklumat sahih berkenaan BKM, pembayaran bantuan ini diberikan kepada:

Berkenaan dengan pembayaran bagi kumpulan isi rumah, nilainya adalah:

  • Isi Rumah (pendapatan RM2,500 dan ke bawah) 
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 dan ke atas: RM2,000
  • Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000) 
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600
    • Bilangan anak 3 dan ke atas: RM800

Kaedah Pembayaran

Cara pembayaran BKM adalah seperti berikut:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM;
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
  • Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Kemaskini & Permohonan

Seperti mana yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, kemaskini dan permohonan baru BKM boleh dibuat bermula pada 01 JANUARI HINGGA 31 JANUARI 2022, selama sebulan.

Kemaskini dan permohonan baru itu boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM (DI SINI):

  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI.
  • Klik pada butang ‘Permohonan Baru’
  • Isi maklumat seperti yang diminta oleh sistem.

 

Pemohon juga boleh mengisi borang permohonan:

  • Borang permohonan baru (muat turun – DI SINI)
  • Borang permohonan kemaskini (muat turun – DI SINI)

 

Borang yang telah lengkap diisi kemudiannya boleh dihantar ke:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen.

 

Dalam masa sama, sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 menunjukkan nama pemohon wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2022.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan perkara ini, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…