bina rumah

Bantuan RM20,000 bina rumah atas tanah sendiri untuk rakyat Malaysia: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diperkenalkan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program bantuan kediaman ini: –

Bantuan Bina Rumah

Rumah Mesra Rakyat (RMR) pada asasnya merupakan sebuah inisiatif kepada golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Setiap rumah RMR akan memiliki keluasan 750 kps dan memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Mereka yang diluluskan permohonannya juga akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 untuk setiap unit rumah RMR.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Memohon

Untuk  mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan RMR ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem RMR Online.

Pemohon kemudiannya perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPNB.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, seperti reka bentuk, dokumen-dokumen dan kaedah pembiayaan – sila rujuk di Portal Rasmi SPNB DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…