Bantuan RM250

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Tujuan utama bantuan-bantuan ini diperkenalkan adalah bagi membantu rakyat negara ini khususnya dari kalangan B40 dan M40.

Antaranya adalah Bantuan Kewangan IKPP yang dibayar secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan IKPP ini: –

Bantuan IKPP RM250

Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP adalah sebuah sumbangan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ia diberikan kepada pasangan pengantin baru di negeri berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menarik minat golongan belia berkahwin dan membantu meringankan bebanan pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga.

Kadar IKPP yang ditetapkan pula adalah sebanyak RM250 dan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dan diluluskan permohonannya.

Pada 2022, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan bahawa kadar kelahiran di Pahang sangat rendah, dan usaha untuk meningkatkan jumlah penduduk di negeri itu dilakukan. Antara usaha itu adalah dengan memperkenalkan IKPP.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat dan ingin membuat permohonan. Ia boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan IKPP secara lengkap dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Borang dan dokumen-dokumen itu kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat. Untuk lebih terperinci berkenaan sumbangan kewangan ini boleh hubungi Jabatan Agama Islam Pahang di talian 09-42711111 (Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang).

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Munakahat Pahang – DI SINI.

Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga memperkukuhkan pembangunan Islam menerusi pendidikan di negeri ini dengan memperuntukkan bantuan yang besar bagi sektor berkenaan.  Antaranua adalah memperuntukkan sebanyak RM592,000 kepada 59 pelajar ke Mesir manakala 19 pelajar ke Universiti Yarmouk Jordan oleh Yayasan Pahang menelan belanja RM83,000 seorang dengan jumlah keseluruhan RM1.6 juta.

Keutamaan turut diberikan kepada kerja menaiktaraf Sekolah Menengah Agama Negeri dengan peruntukan sebanyak RM33 juta serta sejumlah RM1.43 juta turut diberikan bagi Bantuan Bayaran Makanan Bermasak kepada empat SMA Rakyat.

Bagi pengurusan masjid dan surau pula, Kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 juta bagi Program Perasmian Masjid dan Majlis Berbuka Puasa 2024, RM788,900 Bantuan Khas Aidilfitri kepada 3,343 orang imam, bilal dan siak, RM1 juta Program Berkhatan Anak Pahang kepada 3,500 kanak-kanak, RM10,00 BPP kepada 696 masjid dan surau kebenaran Jumaat dan banyak lagi.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…