dibayar

Bantuan RM2,500 dibayar 2 kali tahun ini: Semak senarai penerima yang telah dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri berdasarkan Belanjawan masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas RM2,500

Pada setiap tahun, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan membentangkan Belanjawan masing-masing bagi tujuan perbelanjaan pentadbiran dan sebarang pelaksanaan inisiatif kepada rakyat.

Hal yang sama juga berlaku dalam Belanjawan Negeri 2023, apabila Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan bagi mereka yang berkelayakan.

Bantuan Khas ini diberikan pada kadar sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada para penjawat awam negeri.

Ia diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam di negeri berkenaan yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan disalurkan sebanyak dua kali pada tahun ini iaitu di bulan Januari dan April 2023.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut setuju memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan, pemberian tunai, insentif bukan kewangan dan bantuan sokongan di bawah Belanjawan sama.

“Sebanyak 64 inisiatif membabitkan peruntukan RM107 juta akan dilaksanakan dalam belanjawan untuk negeri ini… Sebanyak 42 inisiatif sedia ada akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…