bantuan rm2700

Bantuan RM2,700 Diberikan One-Off (Sekaligus): Maklumat Penerima, Tarikh & Cara Memohon

Kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi cabaran utama bagi ramai rakyat Malaysia. Harga barangan keperluan, kos perkhidmatan, dan komitmen harian kini semakin menekan isi rumah. Ditambah pula dengan ketidaktentuan ekonomi global, ramai yang mendapati pendapatan sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan asas.

Situasi ini bukan sahaja memberi tekanan dari segi kewangan, tetapi juga mempengaruhi kualiti hidup serta kesejahteraan mental masyarakat. Perbelanjaan harian seperti makanan, bil utiliti, dan sewa rumah adalah antara komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

Malah, ramai yang terpaksa mengorbankan tabiat menabung atau perancangan kewangan jangka panjang demi menampung keperluan harian. Dalam keadaan ini, mencari jalan penyelesaian menjadi satu keperluan.

Salah satu langkah yang semakin mendapat perhatian adalah menambah pendapatan melalui pelbagai cara. Sama ada dengan mengambil pekerjaan sampingan, memanfaatkan kemahiran untuk menawarkan perkhidmatan, atau melibatkan diri dalam bidang perniagaan kecil-kecilan, peluang untuk menjana pendapatan tambahan kini lebih luas, terutamanya dengan kehadiran teknologi dan platform digital.

Namun, sebelum membuat keputusan, penting untuk mengenal pasti cara yang sesuai berdasarkan kemampuan dan masa yang ada. Dalam dunia yang mencabar ini, merancang dengan bijak adalah kunci untuk memastikan kestabilan kewangan jangka panjang.

Dengan langkah proaktif, setiap individu mampu menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Geran Pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Geran Pelancaran

Geran Pelancaran adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia berobjektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Selain itu, Geran Pelancaran juga bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM2,700 dan diberikan secara sekaligus (one-off).

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Permohonan Geran Pelancaran beleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat. Akan tetapi, disebabkan syarat kelayakan bantuan ini adalah kumpulan sasar JKM, maka permohonan hanya boleh dibuat oleh penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Sekiranya bukan penerima bantuan bulanan JKM, mereka hendaklah memohon salah satu bantuan bulanan terlebih dahulu. Sekiranya layak dan diluluskan, barulah permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk maklumat lebih lengkap dan tepat berkenaan Geran Pelancaran, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangka masa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.

Visinya adalah sebagai peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Manakala, misinya pula adalah bagi memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji, Ambilan Disember 2024: Syarat Kelayakan SPM

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji, Ambilan Disember 2024: Syarat Kelayakan SPM

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong Besar-Besaran Universiti Utara Malaysia (UUM): Berikut Senarai Jawatan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Universiti Utara Malaysia (UUM): Berikut Senarai Jawatan

Pada ketika ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Tunai BIB RM450 Secara 'One-Off': Pembayaran Dibuat Dalam 7 - 14 Hari Bekerja

Bantuan Tunai BIB RM450 Secara 'One-Off': Pembayaran Dibuat Dalam 7 - 14 Hari Bekerja

Proses kehamilan dan kelahiran adalah pengalaman yang penuh cabaran dan keajaiban bagi seorang wanita. Ia bukan sahaja menuntut pengorbanan fizikal…