Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Pada tahun 2024 ini, pelbagai bantuan-bantuan kewangan yang ditruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan:-
Bantuan RM2,700 ‘one-off’
Geran Pelancaran adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh JKM kepada golongan B40 berkelayakan. Tujuan utama bantuan ini adalah bagi memperkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Ia juga mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. Kadar Geran Pelancaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,700 dan diberikan secara sekaligus (one-off).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap duatahun sekali. PGK semasa bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:
Cara Memohon
Dimaklumkan seperti mana yang dinyatakan dalam syarat-syarat kelayakan, Geran Pelancaran hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM. Oleh itu, mereka yang layak memohon adalah terdiri daripada para penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
Bagi yang bukan kumpulan sasar JKM, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu. Sekiranya layak dan diluluskan permohonan, maka barulah mereka layak memohon bantuan Geran Pelancaran ini.
Permohonannya boleh dibuat di melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan kemudahan pembiayaan yang dikenali sebagai MARA Integrated Smart Auto atau ringkasnya MISA. Ia pada asasnya merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan untuk Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada standard bengkel yang lebih kondusif dan kompetitif.
Tujuan utamanya adalah bagi meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada konsep yang lebih bersistematik dengan penerapan nilai teknologi serta perkhidmatan yang lebih berkualiti. Ia juga bagi bertujuan bagi menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotive yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part).
Skop pembiayaan yang disediakan adalah Modal pusingan; Pembelian Mesin dan Peralatan serta Ubah suai dan Peningkatan imej Premis/Bengkel. Had pembiayaan pula ditetapkan pada kadar RM500,001 hingga RM1,000,000.
Jaminan atau cagaran bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;
- Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;
- Simpanan Tetap: Simpanan tetap berkonsepkan Islam (General Investment Account) berdasarkan kepada 10% daripada nilai pembiayaan;
- Jaminan Ahli Lembaga Lembaga Pengarah: Memerlukan jaminan semua ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Semua Ahli Lembaga Pengarah diwajibkan menandatangani Surat Jaminan dan Tanggung Rugi
Bagi yang berminat, permohonan MISA ini boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
Maklumat lengkap tentangnya boleh dirujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.