Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu tidak dapat dinafikan telah memberi kesan yang cukup besar terhadap kehidupan masyarakat, khususnya kepada mereka yang kurang bernasib baik dan kehilangan pendapatan.
Dalam masa sama, kita juga dapat melihat ramai yang beralih arah dengan membuka perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian.
Bagi membantu mereka yang memerlukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan skim bantuan Geran Pelancaran bagi membantu kumpulan sasar yang berminat untuk menjana pendapatan.
Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan maksimum sebanyak RM2,700 sekaligus (one-off).
Tujuan utama Geran Pelacaran
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
Syarat – syarat kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Kumpulan sasar JKM.
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Syarat khusus
- Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
- Jika bukan penerima bantuan sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
- Sekiranya layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan.
Cara memohon
Bagi maklumat rasmi Geran Pelancaran, boleh KLIK SINI. Manakala, permohonannya pula boleh dibuat dengan pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian terdekat.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Borang permohonan bantuan juga boleh dimuat turun DI SINI.