Bantuan RM300 dikreditkan dalam MyKad: Ini negeri-negeri terlibat untuk bulan Nov & Dis 2021

Seperti mana yang diumumkan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), pihak kerajaan telah pun memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai PRIHATIN Kasih dengan kerjasama Yayasan MyKasih.

Ia diperkenalkan untuk meringankan kos sara hidup golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Kadar Bantuan

Bantuan PRIHATIN Kasih melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM300 yang diberikan sebagai elaun bulanan RM100 selama 3 bulan ke dalam MyKad penerima.

Elaun berkenaan kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan penting/keperluan dapur di kedai runcit, pasaraya atau premis yang terlibat secara pembayaran tanpa tunai. (Senarai rakan premis terlibat – KLIK SINI)

Syarat-syarat Kelayakan

Untuk makluman, penerima PRIHATIN Kasih telah pun dikenalpasti oleh pihak MyKasih melalui melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Oleh itu, PRIHATIN KASIH ini tidak akan melibatkan sebarang permohonan dan penerima yang telah dikenalpasti akan menerima SMS dari MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka yang disahkan sebagai penerima.

Peringkat penerimaan bantuan

Bantuan PRIHATIN Kasih akan diberikan kepada penerima secara berperingkat, mengikut negeri/wilayah Malaysia. Bagi penerima dari Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu – pengkreditan elaun telah pun selesai pada bulan September dan Oktober 2021 lalu.

Manakala, bagi Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Putrajaya dan Labuan – pengkreditan elaun dijangka selesai pada bulan hadapan (Disember 2021).

Tempoh sah penggunaan elaun PRIHATIN Kasih adalah sehingga 31 Disember 2021.

Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan PRIHATIN Kasih juga boleh dirujuk portal rasmi MyKasih – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…