Bantuan RM300 dikreditkan dalam MyKad ~ Negeri yang terlibat untuk bulan November 2021

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi membantu rakyat ketika berdepan dengan ancaman pandemik.

Antaranya seperti bantuan Program PRIHATIN Kasih yang bertujuan untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Kaedah Pelaksanaan

Pelaksanaan PRIHATIN Kasih adalah dengan cara pengkreditan elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan (RM300) daripada Yayasan MyKasih ke dalam MyKad mereka yang layak.

Wang itu nanti boleh digunakan untuk membeli barangan makanan penting di kedai-kedai runcit atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam program ini – dengan membuat pembayaran menggunakan MyKad masing-masing (KLIK SINI untuk senarai kedai terlibat).

Kelayakan Menerima PRIHATAN Kasih

Untuk makluman, program PRIHATIN Kasih tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana penerima bantuan telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Penerima yang telah dikenal pasti nanti akan menerima SMS dari pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih telah dijalankan secara berperingkat di setiap negeri dengan menyaksikan negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai pelaksanaannya pada bulan Julai lalu.

Buat masa kini, beberapa buah negeri telah melalui bulan terakhir pelaksanaan iaitu bagi negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu.

Manakala, negeri seperti Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pula akan bermula pada bulan September hingga November 2021 atau Oktober hingga Disember 2021.

Kepada mereka yang ingin membuat semakan kelayakan PRIHATIN Kasih, ia boleh dibuat secara atas talian – DI SINI dengan mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.

Maklumat terperinci berkenaan PRIHATIN Kasih juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…