Bantuan RM300 dikreditkan ke MyKad, tidak libatkan semua penerima BPR: Ini cara buat semakan

Selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan pada tahun ini, terdapat sebuah lagi bantuan yang dikenali sebagai Bantuan PRIHATIN KASIH. Ia diperkenalkan untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Berikut adalah penjelasannya: –

Kadar Bantuan & Cara Pelaksanaan

Kadar Bantuan PRIHATIN Kasih adalah melibatkan RM100 yang dikreditkan ke MyKad penerima selama 3 bulan (jumlah keseluruhan RM300). Bantuan itu nanti boleh digunakan untuk membeli keperluan runcit asas, secara tanpa tunai.

Akan tetapi, pelaksanaan PRIHATIN Kasih tidak melibatkan sebarang permohonan kerana penerimanya telah pun dikenal pasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Penerima yang layak kemudiannya akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak MyKasih yang memaklumkan status mereka yang sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran PRIHATIN Kasih dibuat secara berperingkat berdasarkan Wilayah dan Negeri penerima. Buat ketika ini, hanya tinggal beberapa negeri/wilayah sahaja yang pelaksanaannya masih berjalan, iaitu Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak.

Untuk lebih faham tentang pembayaran PRIHATIN Kasih, boleh rujuk rajah di bawah:

Semakan PRIHATIN Kasih

Seperti dimaklumkan di awal tadi, pemberian bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana penerima telah pun dikenalpasti oleh pihak MyKasih.

Akan tetapi, semakan kelayakan masih boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Dalam masa sama, lebih 250 rakan runcit di seluruh negara telah terlibat dengan program ini – termasuklah seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan PRIHATIN KASIH, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…