bantuan rm300

Bantuan RM300 KWSP untuk pencarum B40 berumur bawah 55 tahun: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memperkenalkan sebuah inisiatif dikenali sebagai i-Suri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini:-

Bantuan RM300 i-Suri KWSP

Bagi tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah menambahbaik pelaksanaan i-Suri KWSP. Program ini pada asasnya membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum dan menerima insentif khas daripada Kerajaan.

Ia juga bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

Antara manfaat-manfaat utama i-Suri adalah:

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa;
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan;
  • Bantuan Kematian
    • ​Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​;
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Ahli KWSP;
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini​.

Cara Memohon/Mendaftar

Untuk yang berminat dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan KWSP, pendaftaran i-Suri boleh dilakukan melalui laman web rasmi KWSP (Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian); pejabat KWSP; Self Service Terminal (SST) atau KWSP i-Akaun.

Tentang kaedah caruman, ia boleh dibuat dengan pelbagai cara iaitu seperti:

  • Aplikasi Mudah Alih;
  • Perbankan Internet;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Kaunter KWSP.

 

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan inisiatof ini, ia boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…