Bantuan RM300 untuk beli barangan dapur kepada B40 ~ Cara pelaksanaan & semakan kelayakan

Dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan, pihak kerajaan pada tahun ini telah memperkenalkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Di bawah PEMERKASA, terdapat satu program bantuan yang dikenali sebagai Program PRIHATIN Kasih, yang pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan kos sara hidup golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan melalui MyKad masing-masing. Dengan menggunakan konsep ‘pembayaran tanpa tunai’ penerima boleh menggunakan MyKad mereka itu untuk membeli barangan dapur di kedai atau pasaraya terpilih (KLIK SINI untuk senarai premis terlibat).

Kelayakan PRIHATIN Kasih

Berkenaan dengan kelayakan terlibat dalam program bantuan ini, sebenarnya mereka yang layak telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih yang disemak silang dengan data BPR.

Makanya, program ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan mereka yang layak akan menerima SMS daripada pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Akan tetapi, semakan juga boleh dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi MyKasih – DI SINI.

Pembayaran PRIHATIN Kasih

Pembayaran Program PRIHATIN Kasih dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan negeri-negeri penerima. Bagi penerima dari Selangor dan Kuala Lumpur – elaun telah pun dikreditkan ke MyKad masing-masing pada bulan Julai hingga September 2021.

Manakala, untuk negeri-negeri lain pula, ia boleh dirujuk berdasarkan infografik di bawah:

Penerima elaun PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan yang diberikan sehingga akhir tahun ini (31 Disember 2021).

Baki elaun yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh – 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Pendidikan adalah kunci kepada pembangunan individu dan kemajuan sesebuah negara. Ia bukan sekadar proses pembelajaran dalam bilik darjah, tetapi melibatkan…
Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…