Permohonan ditutup minggu lepas: Ini penjelasan Bantuan RM300 yang dibayar 2 kali pada tahun ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan di bawah RISDA. Bantuan ini melibatkan jumlah kewangan RM300 yang akan dibayar sebanyak dua fasa pada bulan November dan Disember tahun ini (jumlah keseluruhan RM600).

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat, BMT diperkenalkan bagi membantu para pekebun kecil / penoreh getah dan seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.

Rayuan BMT

Permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 Mei 2022 dan ditutup pada 15 September 2022. Manakala, bagi tujuan permohonan rayuan pula – ia dibuka bermula 16 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Bagi Penerima BMT yang telah diluluskan permohonan mereka, proses pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan.

Akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran bantuan.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk di portal rasmi RISDA – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…