Bantuan RM350

Bantuan RM350 dibayar seminggu sebelum Raya Aidilfitri: Tak perlu memohon & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang diperkenalkan itu: –

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dengan kadar sebanyak RM350 dan RM700.

Pembayaran tunai sebanyak RM350 itu akan diberikan kepada para pesara Kerajaan, manakala RM700 pula kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri…”, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan terkini Kerajaan, pembayaran bantuan kewangan ini akan dibuat pada 14 April 2023.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi, Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023,” petikan dari surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam masa sama, Kerajaan turut memperuntukkan RM170 juta kepada 850,000 pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan yang akan menerima sumbangan bantuan khas RM200 seorang.

Maklumat lengkap berkenaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri boleh boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…