Terbuka kepada yang berumur bawah 55 tahun: Ini cara mendapatkan RM480/setahun dari KWSP

Dalam usaha membantu masyarakat Malaysia, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Antaranya termasuklah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia seperti mana sebelum ini pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan Pengeluaran Khas kepada setiap pencarum KWSP.

Akan tetapi, terdapat sebuah lagi inisiatif yang diperkenalkan oleh KWSP bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara yang dikenali sebagai i-Suri. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Faedah-faedah i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000;
  • Menerima dividen tahunan KWSP.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Cara Mendaftar

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran i-Suri boleh dibuat di kios atau kaunter KWSP yang berhampiran dengan membawa dokumen pengenalan diri.

Bagi siapa yang boleh membuat caruman pula, ia boleh dilaksanakan oleh isteri (pendaftar) atau suami kepada pasangan yang layak.

Cara menyalurkan caruman pula boleh dibuat dengan kaedah: perbankan internet, kaunter ejen bank, ejen bank berdaftar atau kaunter KWSP.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan inisiatif ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…