bantuan rm50

Bantuan RM50 setiap bulan boleh dimohon Julai ini: Mohon Sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri dan Persekutuan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan sebagai usaha membantu mereka yang terkesan dari kenaikan kos sara hidup khsusnya di kalangan B40 dan M40.

Salah satunya adalah sebuah bantuan yang melibatkan pemberian RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan ini:-

Bantuan RM50 Setiap Bulan

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Skim Bantuan Tadika (Tunas) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini melibatkan sumbangan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak bagi membayar yuran tidak anak-anak.

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan TUNAS adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja;
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

Cara Memohon

Bagi tahun ini, permohonan Tunas dibuka mulai 15 Julai 2024. Cara memohon bantuan ini adalah secara atas talian (online) di Portal Rasmi Tunas YAWAS.

Bantuan itu kemudiannya akan terus disalurkan kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Pada tahun lalu, Tunas berjaya memberi manfaat kepada 21,236 ibu bapa di seluruh Selangor sejak program bantuan itu diperkenalkan pada tahun 2012.

Maklumat lengkap lebih berkenaan dan terperinci bagi bantuan ini boleh dirujuk DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Selangor turut meneruskan pelsksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). PTRS menumpukan 65,000 pelajar di Selangor dengan mengadakan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, sains, sejarah dan matematik tambahan pada 2023.

Selain itu, Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) juga diteruskan dengan kadar RM1,000 secara ‘one-off’ kepada mahasiswa yang diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) juga diteruskan dengan dana RM9 juta bagi memperkasa pendidikan di negeri ini. Seramai 2,500 pelajar turut disasar menerima Bantuan Asas Yuran Universiti (Bayu) tahun ini bagi mengurangkan beban untuk menyambung pengajian.

Kerajaan Negeri Selangor juga memperuntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma. Tujuan program ini adalah bagi menawarkan pemahaman yang menyeluruh mengenai kesihatan peserta dan mengesan awal sebarang risiko penyakit.

Manfaat-manfaat program ini adalah:

  • Jalani saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri Selangor;
  • Semak rekod kesihatan digital dengan mudah melalui aplikasi Selangkah;
  • Daftar dan tebus kupon saringan dengan mudah melalui aplikasi Selangkah;
  • Jalani rawatan lanjut dengan merujuk kepada rekod kesihatan yang menyeluruh.

Program ini terbuka kepada semua penduduk negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

Setiap pemohon yang berjaya mendaftar akan diberi baucar saringan melalui aplikasi Selangkah mengikut kelayakan mereka yang dikenal pasti berdasarkan jawapan kepada soal selidik pra-saringan yang mereka berikan ketika mendaftar.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…