warga emas

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan bulanan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ia disalurkan kepada rakyat Malaysia khususnya dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan bulanan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Warga Emas atau BWE. Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) dan bertujuan untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar BWE yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 dan diberikan secara bulanan iaitu dikreditkan ke akaun penerima setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Untuk permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) ini, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh mengisi Borang Permohonan JKM. Borang juga boleh diisi oleh waris yang sah. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta kemudiannya dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Selain itu, pihak JKM juga ada memperkenalkan Bantuan Anak Pelihara iaitu membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Ia juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan aksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Anak Pelihara adalah keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak yang:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan mengisi borang secara lengkap dan benar. Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…