rm500

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan untuk rakyat Malaysia 60 tahun ke atas: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan tunai sebanyak RM500 setiap bulan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan RM500 Setiap Bulan

Salah satu bantuan itu dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE) yang diperkenalkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tujuan utama bantuan ini adalah bagi membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan, ketika mengemukakan permohonan.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program subsidi ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, B40 terdiri daripada isi…
Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

Golongan B40 dan M40 merupakan kumpulan utama dalam struktur ekonomi Malaysia, masing-masing merangkumi 40% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Kedua-dua…