Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah melalui bantuan tunai sebanyak RM500 setiap bulan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan RM500 setiap bulan
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 dan diberikan setiap bulan.
Tujuan utama BWE adalah bagi membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BWE ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program subsidi ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.