Bantuan RM600

Bantuan RM600 Dikreditkan Setiap Bulan: Rakyat Malaysia 60 tahun & ke atas boleh memohon

Warga emas merupakan tiang seri masyarakat yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Mereka adalah golongan yang telah melalui pelbagai cabaran hidup, memupuk generasi baru, dan mewariskan nilai-nilai murni kepada kita.

Namun, seiring dengan peningkatan usia, warga emas sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk kesihatan yang merosot, kekurangan sokongan kewangan, dan kesunyian akibat perpisahan atau kehilangan pasangan hidup.

Di Malaysia, jumlah warga emas semakin meningkat dengan pesat, sejajar dengan penuaan populasi. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, negara dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila 15% daripada penduduknya berusia 60 tahun ke atas.

Situasi ini memerlukan perhatian serius daripada semua pihak – kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan masyarakat – untuk memastikan keperluan warga emas dipenuhi secara menyeluruh.

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan golongan ini, termasuk bantuan kewangan, kemudahan penjagaan kesihatan, dan program komuniti untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dalam artikel ini, kita akan mengupas kepentingan menjaga kebajikan warga emas, inisiatif yang tersedia untuk mereka, dan bagaimana kita sebagai individu dapat membantu golongan ini menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan bermaruah.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan beban warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 sebelumnya.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon

Untuk permohonan Bantuan Warga Emas (BWE), ia boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi memudahkan urusan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Setiap permohonan bagaimanapun akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi maklumat lanjut berkenaan Bantuan Warga Emas, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan memperuntukan kebajikan warga emas sehingga RM1 bilion, bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.

Kerajaan juga bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan disemak
semula bagi memelihara kebajikan dan menjamin penjagaan warga emas, seperti berikut:

  • Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan;
  • Pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa;
  • Pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek;
  • pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek;
  • Potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.

 

Bagi maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…