Bantuan RM600 selama 4 bulan untuk pekerja Malaysia ~ Tarikh tutup permohonan 31 Oktober 2021

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Antaranya termasuklah Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 iaitu bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Melalui PSU 4.0, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 orang pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan.

  • RM600 sebulan setiap pekerja selama 2 bulan bagi semua sektor
  • RM600 sebulan setiap pekerja selama 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif

 

PSU 4.0 juga kini tidak melibatkan had gaji pekerja seperti PSU sebelum ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PSU 4.0 : –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2021 berbanding dengan manamana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak C-19.
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Jun 2021.
  • Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang tersenarai dalam permohonan, sepanjang program dijalankan.

Cara Memohon

Pendaftaran PSU 4.0 boleh dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi PSU PERKESO (KLIK SINI).

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 4.0

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan PSU 4.0, ia boleh dirujuk DI SINI.

Tarikh tutup permohonan PSU 4.0 adalah pada 31 Oktober 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…