bantuan rm600

Bantuan RM600 telah mula dikreditkan pada 6 September: Semak senarai penuh penerima

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan rakyat Malaysia. Prihatin dengan hal itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan di bawah Belanjawan 2024.

Antaranya adalah dengan melaksanakan bantuan khusus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA pada asasnya merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) benar-benar memerlukan. Ia juga adalah bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

Syarat-syarat khusus kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Jumlah bayaran SARA adalah sebanyak RM1,200 kepada isi rumah dan warga emas, serta RM600 pula kepada golongan bujang. Cara pembayaran bagi penerima di Semenanjung adalah secara dikreditkan setiap bulan (RM100 atau RM50) ke MyKad setiap penerima.

Penerima juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

MyKad itu kemudiannya boleh digunakan untuk membuat pembelian tanpa tunai barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara membuat pembelian pula seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Dimaklumkan, pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bayaran RM600 dan RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024. Tarikh pembayarannya adalah seperti di bawah:

  • Bayaran pertama: Mulai 19 Februari 2024
  • Bayaran Kedua: Mulai 4 September 2024

Semakan Status SARA

Bagi setiap pemohon STR, semakan status kelulusan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Pengenalan pelbagai jenis bantuan/inisiatif adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) untuk meringankan beban rakyat mendapani cabaran kos…
Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…