bantuan rm700

Bantuan RM700 dikreditkan tak lama lagi: Tidak perlu memohon & ini tarikh pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM700

Dengan kedatangan bulan mulia Ramadan pada 23 Mac lalul, nampaknya selepas ini rakyat Malaysia dan secara amnya umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Prihatin dengan sambutan hari mulai itu, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada mereka yang berkelayakan.

Jumlah bantuan itu adalah sebanyak RM700 dan RM350 kepada kategori berikut:

  • RM700: Semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak;
  • RM350: Kepada para pesara Kerajaan.

 

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri ini, ia akan dibuat pada bulan April 2023.

Hal sama juga berlaku untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang akan dikreditkan pada awal April 2023 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantua lain di bawah Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…