Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan dengan bencana ini, sama ada dalam bentuk kerosakan harta benda, gangguan bekalan elektrik, atau risiko kesihatan akibat persekitaran yang lembap dan berbahaya. Oleh itu, persediaan awal amat penting bagi mengurangkan kesan buruk musim ini.
Salah satu langkah utama ialah memastikan rumah dan kenderaan berada dalam keadaan baik untuk menghadapi cuaca tidak menentu. Pastikan bumbung tidak bocor, longkang tidak tersumbat, dan sistem perparitan berfungsi dengan baik bagi mengelakkan banjir kilat. Selain itu, pemilik kenderaan harus mempertimbangkan insurans perlindungan banjir bagi mengelakkan kerugian besar jika air naik secara mendadak.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi, adalah penting untuk mengetahui pusat pemindahan terdekat dan menyediakan kit kecemasan yang mengandungi makanan, air bersih, lampu suluh, ubat-ubatan, serta dokumen penting. Sentiasa pantau ramalan cuaca dan patuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Selain itu, musim tengkujuh juga membawa risiko penyakit seperti demam denggi dan leptospirosis akibat persekitaran yang bertakung dan kotor. Oleh itu, kebersihan persekitaran perlu dijaga dengan baik bagi mengurangkan pembiakan nyamuk dan penyebaran penyakit berjangkit.
Dengan persediaan yang rapi dan langkah berjaga-jaga, kita dapat mengharungi musim tengkujuh dengan lebih selamat dan tenang. Jangan ambil mudah amaran cuaca dan pastikan anda serta keluarga sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh. Inisiatif ini merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena kesan akibat musim tengkujuh setiap tahun.
Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM800 dan akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
Pekebun Kecil – Pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan/atau mengusahakan lot bertanam getah
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Pemilik tanah yang sah;
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh – Mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah
- Warganegara Malaysia;
- Penoreh berdaftar dengan RISDA;
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Mendapat pengesahan pemilik tanah/wakil yang sah;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).
Permohonan BMT
Permohonan BMT boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Pekebun Kecil RISDA dan Sistem e-BMT (permohonan baru/penerima BMT tahun sebelumnya). Dimaklumkan bahawa:
- Pekebun kecil: Pemohonan baru atau penerima BMT tahun sebelumnya.
- Penoreh: Wajib membuat permohonan baru walaupun pernah menerima BMT tahun sebelumnya.
Permohonan bantuan ini dibuka sehingga 31 Oktober 2024. Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan diluluskan permohonannya, pembayaran BMT akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Akan tetapi, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat dengan kadar seperti berikut:
- November 2024 – RM200
- Disember 2024 – RM200
- Januari 2025 – RM200
- Februari 2025 – RM200
Dimaklumkan bahawa, hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satulot yang sama iaitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuanini bagi satu lot yang sama.
Bagi maklumat lengkap berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh, sila rujuk di Portal Suara RISDA – DI SINI.