Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.
Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Tunai RM8,000
Untuk pengetahuan semua, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim bantuan kewangan yang melibatkan seumbangan sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan yang dimaksudkan itu adalah sebuah manfaat di bawah Skim Perlindungan Masyarakat mySalam (mySalam) iaitu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak.
Melalui inisiatif ini, mereka yang didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (senarai penyakit kritikal DI SINI) layak menerima bayaran tunai sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Penerima bantuan khas kewangan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Cara Memohon
Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, tuntutan penyakit kritikal boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Bagi semakan kelayakan pula, ia juga boleh dibuat di Portal Rasmi mySalam dengan mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini, sila rujuk di Portal Rasmi mySalam – DI SINI.