bantuan rm900

Bantuan RM900 akan dibayar kepada penerima B40: Senarai penuh penerima & tarikh bayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM900

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan tunai ini merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan 2, ia telah pun dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari serta April lalu. Manakala, STR Fasa 3 pula telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji bulan lalu.

Makanya, kini hanya berbaki satu lagi fasa pembayaran iaitu STR Fasa 4. Untuk pembayaran Fasa 4 ini, ia akan diberikan kepada penerima isi rumah dengan kadar berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

 

MASUK SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Tentang kaedah pembayaran STR Fasa 4, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.

Namun begitu, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…