bantuan sara

RM100 dikreditkan bulan ini (Oktober) ke Kad Pengenalan: Cara menggunakan bantuan SARA 2024

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang memberi kesan ketara kepada kehidupan rakyat, termasuk juga Malaysia. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah ketidaktentuan pasaran global, inflasi yang meningkat, serta gangguan rantaian bekalan ketidaktentuan keadaan dunia.

Semua ini seterusnya membawa kepada kenaikan kos sara hidup yang dirasai di setiap lapisan masyarakat, terutamanya golongan rentan. Kos sara hidup yang semakin meningkat melibatkan harga barangan asas seperti makanan, bahan bakar, perkhidmatan utiliti, serta perumahan.

Keadaan ini memberi tekanan kepada rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan ini sering terpaksa mengimbangi antara perbelanjaan harian yang meningkat dan pendapatan yang tidak berubah atau tumbuh dengan kadar yang lebih perlahan.

Bagi golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, golongan OKU, dan mereka yang berpendapatan rendah, keadaan ini lebih membimbangkan. Mereka sering kali tidak mempunyai jaringan sokongan kewangan yang kukuh atau sumber pendapatan tambahan untuk menampung kenaikan harga barangan keperluan.

Bantuan Kerajaan Melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat, kerajaan telah memperkenalkan beberapa buah inisiatif. Salah satu daripadanya ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR merupakan bantuan kewangan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu mereka menampung perbelanjaan harian. Program ini bertujuan untuk memastikan golongan yang paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dapat menerima bantuan yang sewajarnya.

Melalui STR, kerajaan menyediakan sumbangan tunai terus kepada isi rumah yang layak, termasuk warga emas, ibu tunggal, dan mereka yang mempunyai tanggungan. Bantuan ini adalah satu bentuk sokongan jangka pendek untuk meringankan beban golongan rentan dalam menghadapi kenaikan harga barang.

Bantuan Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memberikan bantuan tambahan kepada penerima penerima STR. Ia dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Program ini diperkenalkan sebagai subsidi bersasar, dengan fokus kepada rakyat yang paling terkesan dalam gelumang kos sara hidup.

Penambahbaikan dalam SARA menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kumpulan yang memerlukan bantuan kewangan segera, terutamanya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal, dan OKU antara yang bakal menerima manfaat daripada program ini.

Bantuan yang disalurkan akan membolehkan mereka mendapat akses kepada barangan keperluan asas yang mencukupi, sekaligus mengurangkan tekanan kos sara hidup.

SARA diberikan kepada penerima dengan kelayakan khusus untuk memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kelayakan bagi program ini adalah terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia – Program ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 – Mereka yang telah layak menerima STR 2024 di bawah kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan secara automatik layak dipertimbangkan untuk program SARA;
  • Penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih – Penerima yang tersenarai sebagai golongan Miskin Tegar atau Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), sehingga 31 Oktober 2023 juga layak untuk SARA.

 

Jumlah bayaran SAR adalah sebanyak RM1,200 untuk isi rumah dan warga emas. Manakala, bujang pula sebanyak RM600. Pembayarannya dibuat setiap bulan terus ke Kad Pengenalan (MyKad) dengan kadar RM1oo atau RM50.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menggunakan SARA

Penerima yang layak akan diberi kemudahan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan kerajaan menggunakan MyKad masing-masing.

Berikut adalah langkah-langkah pembelian barangan keperluan menggunakan bantuan ini:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh memilih barangan daripada 13 kategori produk yang diluluskan, seperti beras, roti, telur, minyak masak, dan lain-lain. Barangan yang layak untuk dibeli akan mempunyai label MyKasih di rak tanda harga sebagai panduan.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Setelah memilih barangan, penerima bantuan perlu menunjukkan MyKad mereka kepada juruwang untuk pengesahan. MyKad akan digunakan sebagai bukti kelayakan untuk menerima bantuan SARA.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang dibeli. Barangan yang dibenarkan untuk pembelian mestilah mengikut kategori yang diluluskan dalam program SARA, memastikan bahawa hanya barangan keperluan asas yang layak untuk subsidi.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Setelah pengesahan dan imbasan selesai, penerima bantuan boleh membayar menggunakan MyKad. Mereka perlu memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian, menjadikan proses pembayaran lebih selamat dan mudah.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Akhir sekali, penerima bantuan digalakkan menyimpan resit pembelian untuk tujuan semakan. Resit ini boleh digunakan untuk memeriksa rekod pembelian dan memastikan semua transaksi dilakukan dengan betul.

 

Maklumat SARA lebih teliti dan sahih, dila layari Portal MyKasih – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri: Senarai penuh jawatan

Pelbagai Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri: Senarai penuh jawatan

Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah,  Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi…
Bantuan BAP diberikan tanpa had pendapatan: Maklumat penerima, jumlah & tarikh bayaran

Bantuan BAP diberikan tanpa had pendapatan: Maklumat penerima, jumlah & tarikh bayaran

Setiap tahun, melalui belanjawan yang diumumkan, pelbagai insentif dan program diperkenalkan untuk menyokong masyarakat dalam aspek-aspek kritikal kehidupan, seperti kesihatan,…
Pelbagai Jawatan Kosong di PERHEBAT Dengan Gaji RM1,700 - RM3,020: Berikut Senarai Jawatan

Pelbagai Jawatan Kosong di PERHEBAT Dengan Gaji RM1,700 - RM3,020: Berikut Senarai Jawatan

Pada ketika ini, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang…