bantuan sara

Bantuan SARA dinaikkan kepada RM1,200 untuk penerima B40: Berikut senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA pada asasnya merupakan sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2024. Bantuan ini diberikan kepada para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Malah, bagi tahun 2024 – kadar maksimum SARA telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 sebelumnya.

Berikut adalah maklumat berkenaan bayaran SARA:

  • Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM1,200 (RM100/sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM: RM150

Pembayaran SARA

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Bagi yang dikreditkan ke dalam MyKad, mereka akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan barangan asas.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap SARA, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…